Saturday, December 3, 2016

~Kereta api laju Vs Kereta api slow?? ~




Kalau kita diberi pilihan untuk pergi ke suatu destinasi, kereta api yg mana kita akan pilih??? Yang laju atau perlahan.. Apa yang pasti, kedua-duanya akan sampai ke destinasi yang dituju.. Setiap orang pasti ada pandangan yang berbeza, mungkin ada yang memilih kereta api biasa kerana ingin menikmati suasana persekitaran sepanjang perjalanan. Mungkin juga ade yang mahukan kereta api yang lebih laju supaya cepat sampai ke destinasi. Anda!! Pilih yang mana??


Ini merupakan salah 1 point yang sis dapat semasa sesi sharing daripada Master Tn. Hj. Roslan. Alhamdulillah diberikan kesempatan untuk menuntu ilmu daripada orang yang dah berjaya. Bak kata Master Tn. Hj. Roslan kita, ketua yang bagus (good leader) umpama kepala kereta api yang laju.. Maksudnya, cepat bertindak, tidak beri sebarang alasan, sentiasa agresif, sentiasa menepati masa dan plan.. Sebaliknya, kepala kereta api yang lambat disama ertikan dengan ketua yang kurang bagus.. Kan dh kena batang hidung sendiri.... ;p . Kalau kita diberi pilihan, ketua yang macam mana kita akan pilih??  Biasanya, mestilah kita pilih ketua yang bagus = kepala kereta api yang laju supaya kita dapat capai tujuan/impian kita dengan cepat. Lebih cepat kita dapat selesaikan 1 tujuan/impian, lebih banyak tujuan/impian lain yang dapat kita selesaikan..



Sama jugak dalam berbisnes. Ketua yang bagus dapat wujudkan 1 networking yang mantap dan kukuh. Kalau ketua sendiri slow, bagaimana hendak memimpin anak buah yang ramai?? Apatah lagi untuk ada sebuah company?? Dalam mana-mana industri pun, ketua yang bagus memang sangat diperlukan. 


Even sis sendiri lebih suka leader yang agresif sbb apa??  Kita jadi lebih bersungguh-sungguh sebab kita dalam situasi terpaksa.. Kadang-kadang tekanan ne bagus sebab kita boleh tahu limit sebenar kita. Biasanya kita yang hadkn kebolehan kita, tapi bila ade tekanan..kita akan cuba sehabis mungkin.. Betul tak??? Jangan tipu sbb sis macam tu jugak..Dalam research, betul ke tak?? Bila SV kita asyik tanya dan mintak progress, mesti kita akan sehabis rajin msuk lab dan buat segala kerja untuk siapkan report.. Kan2.. Tapi bila SV biar kita independant, mesti kita akan rasa selesa dan selalu hilang haluan dari tujuan asal.. Sis ckp based on pengalaman okay.. So, kita memang perlukan ketua yang bagus untuk berjaya... Nak jadi ketua yang bagus, kena la review diri, muhasabah diri, dan cuba lihat ciri2 ketua yang bagus..  



Vitamin & Konsultasi 
Husnasb (013-7921828) 
#CODSHAKLEEUTM #CODSHAKLEESENAI #CODSHAKLEESKUDAI 
#PENGEDARSHAKLEESEGAMAT #PENGEDARSHAKLEESENAI 
#PENGEDARSHAKLEEJOHORBAHRU #PENGEDARSHAKLEESKUDAI

No comments: